Salam kepada semua pembaca yang diberkati.
Kali ini saya akan berkongsi rahsia bercuti ke Pulau Bali , Indonesia. Pulau Bali ini merupakan pusat pelancongan yang amat terkenal di dunia. Memang tidak dinafikan, jumlah pelancong sentiasa ramai sepanjang tahun. Sekiranya ke sini, masalah bahasa tidak akan timbul. Cuma dari segi makanan halal tu agak sukar kerana 5 peratus sahaja di sini terdiri daripada orang Jawa yang beragama Islam. Majoriti penduduk di sini beragama Hindu. Tidak hairanlah kiranya di mana-mana saja ada patung-patung . Biapun minoriti di sini beragama Islam tetapi mereka hidup aman damai dan saling hormat menghormati lebih-lebih lagi apabila bertemu dengan para pelancong dari Malaysia. Di sini memang tidak dapat pastikan mereka beragama apa kerana raut paras mereka lebih kurang sama sahaja.
Pernerbangan dari LCCT (sebelum ada KLIA2) ke sini mengambil masa lebih kurang 3 jam. Bila sebut LCCT anda sudah dapat agak saya ke sini terbang dengan Air Asia. Rahsia yang saya nak kongsi dengan anda ialah kalau tempah penerbangan tu ambillah sekali penginapan hotel. Pada masa dulu mana ada traveloka la atau trivago aplikasi yang mudah kita nak cari harga yang murah dan berbaloi tu. Jadi ambil lah Air Asia X, memang berbaloi sebab anda akan selesa dan tenang tidak kelam kabut. Oh, ya kalau boleh tu ambil sekali servis ‘Airport Transfer’ Sebab utama anda tidak tahu keadaan trafik di sini. Lagipun memang jimat kalau beli sekali di Air Asia X ni.