Kini semua orang boleh terbang

Macam pernah dengar je kan. Itulah Slogan keramat Air Asia yang berjaya muncul sebagai juara tambang murah di dunia. ‘Now Everyone Can Fly’

Dengan wujud syarikat tambang murah ini, ramai yang telah dapat menaiki kapal terbang lebih-lebih lagi penduduk dari kawasan yang jauh serta halangan bukit-bukau dan gunung-ganang seperti Sabah dan Sarawak.

Di sini, saya ingin berkongsi rahsia sebelum terbang bersama Air Asia.
1. tiket
2. bagasi
3. tambahan (add-on)
4. daftar masuk
5. pintu pelepasan

Pertama sekali tiket boleh dibeli seawal yang mungkin pada masa promosi, Oleh itu , digalakkan anda mendaftar sebagai ahli ‘Big Member’ untuk mendapatkan pelbagai infomasi dan tawaran menarik. Tambahan pula segala maklumat seperti tempahan tiket , perubahan masa dan sebagainya akan diberitahu melalui emel. Rahsia untuk mendapatkan tiket murah iaitu pada hari biasa dan bukan musim cuti sekolah. Untuk cuti perayaan tiket dijual murah seminggu awal atau semnggu akhir. Tetapi boleh dapat murah setelah promosi pusingan pertama tamat.

Perkara Kedua pula tentang bagasi. Bagasi terbahagi kepada dua iaitu bagasi berdaftar dan bagasi kabin

Perlu ambil bagasi semasa membuat tempahan tiket kerana ia akan menjadi mahal sekiranya kita menambahnya selepas itu. Penambahan bermula 15kg, 20kg, 25kg, 30 kg dan 40kg. Apa yang menariknya tiada had bilangan bag boleh didaftarkan. Dinasihatkan membeli tiket yang sama sekiranya terbang berdua atau bertiga. Ini kerana sekiranyai anda ingin menambah bagasi katakan dari 15kg kepada 20kg adalah amat mahal sekiranya ditambah kepada diri sendiri. Ia menjadi amat murah sekiranya menambah terus kepada 20kg kepada orang kedua atau ketiga dalam tiket yang sama. Tahukah anda 7kg bagasi kabin yang diberikan percuma adalah tidak mencukupi. Oleh itu, anda dinasihatkan untuk membeli bagasi berdaftar. Seboleh-bolehnya beli penimbang bagasi lebih kurang RM 20. Boleh juga timbang dahulu di KLIA menggunakan timbang yang disediakan sebelum ke daftar masuk bagasi.

Tambah (Add-on) boleh dibuat sekurang-kurangnya 24 jam sebelum kerana kadangkala terdapat gangguan pelayan ‘server’ mereka kerana tidak dapat menanggung ramai pelanggan satu-satu masa. Seboleh-bolehnya rancang dengan rapi dahulu sebelum membuat tempahan kerana anda dapat jimat banyak wang.

Daftar masuk boleh dibuat melalui pelbagai aplikasi. Tetapi anda boleh juga datang seawal yang mungkin lebih kurang 3 jam. Urusan daftar masuk juga boleh dibuat di kiosk yang banyak disediakan. Sekiranya anda tiada bagasi boleh terus sahaja ke pintu pelepasan untuk urusan pemeriksaan seterusnya ke balai menunggu. Daftar masuk boleh dibuat 24 jam lebih awal melalui atas talian dan juga di KL Sentral.

Akhir sekali, pintu pelepasan ini hendaklah kita masuk lebih awal seelum 20 minit terakhir. Tidak perlu risau kerana selepas pintu ini masih ada lagi cafe dan kedai di dalamnya. Sekiranya untuk ibu mengandung atau orang tua boleh menggunakan khidmat percuma kereta buggy yang ada disedaikan oleh Air Asia.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *