TELUR BUNGKUS

Bahan-bahan

  • 3 keping isi atau dada ayam dipotong dadu
  • 1 biji bawang besar dihiris nipis
  • 2 biji tomato kecil diotong dadu
  • 1 batang daun saderi jika ada
  • 1 gengam sayur campur (lobak merah, jagung, kacang peas)
  • 2 biji cili merah
  • 2 sudu besar sos tomato maggi
  • 2 sudu besar sos cili maggi
  • 1 sudu besar sos tiram maggi
  • sekiranya ada tambah sedikit daun sedikit daun sup atau daun ketumbar
  • garam secukup rasa
  • minyak
  • 2 biji telur ayam Gred B

Cara-cara memasak

  1. Tumiskan bawang besar. Kemudian masukkan ayam dan masak sekejap
  2. Masukkan bahan-bahan tomato, saleri, cili merah dan sayur campuran dicampur rata.
  3. Tambahkan sos cili, sos tomato dan sos tiram. Sedikit garam. Masukkan hirisan tomato, batang saderi ,cili merah serta sayur campur dan dikacau rata. Taburkan daun sup atau ketumbar.
  4. Goreng telur di kuali lain dengan api yang perlahan.
  5. Masukkan ayam yang telah dimasak di tengah-tengah dan dibalut.